Monday, June 30, 2008

Kursus LDP SMK Alor Pasir












Kursus ICT Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran

Pada 14 haribulan Jun.2008, jawatankuasa Latihan Dalam Perkhidmatan Sekolah Menengah Kebangsaan Alor Pasir telah menganjurkan latihan dalam perkhidmatan (LDP) yang pertama. Kursus yang bertajuk “ ICT Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran telah dihadiri oleh seramai 89 orang guru . Seramai 4 orang fasilitator yang terdiri daripada guru ICT SMKAP telah dijemput untuk mengendalikan LDP ini. Mereka terdiri daripada En. Shaari B. Abd Kadir, En. Ahmad B. Che Ismail, En. Mat Daud B. Said dan Pn. Noriati Bt .Ab. Ghani. Kursus ini bermula daripada pukul 8.00 pagi dan berakhir pada pukul 4.00 petang . Ianya diadakan di 3 tempat yang berasingan iaitu makmal Komputer SMKAP 1, makmal komputer 2, dan Bilik Akses Kendiri. Peserta kursus telah dibahagikan mengikut tahap kemahiran menggunakan komputer berdasarkan borang soal selidik tahap kemahiran komputer yang telah diedarkan sebelum hari kursus.Peserta berpeluang menambahkan pengetahuan dalam penggunaan Microsoft Word, Excel dan Powerpoint. 3 Modul yang telah disediakan oleh fasilitator diguna pakai sepanjang tempoh kursus. Hasil daripada tinjau balas dan borang penilaian kursus yang diedarkan , kursus ini mendapat respons yang sangat baik daripada peserta kursus. Terdapat cadangan yang mengatakan kursus ini perlu di sambung pada masa yang akan datang.

2 comments:

muhammez nazaem said...

hai cikgu..
semoga bjaya la

muhammez nazaem said...

cikgu ain tue kain tudung kaler emas tue.. comel yerr.. lama xjmpe cikgu.. cikgu sihat kew